Sunday, 8 January 2012

bunga- bunga bhasa indah yg ditulis dan diwardah oleh pemartabat bahasa dan bangsa


Jangan sesekali menyakiti hati seseorang insan, meskipun dia adalah musuh dan pencanang keburukan kita. Berdiam diri adalah sebuah warkah yang tidak bertakhta aksara tetapi memberi berjuta pengertian dan kebaikan tersirat. Diam bukan kerana bodoh, bukan kerana takut dan bukan juga kerana bermusuh tetapi ia sebuah armada kesabaran yang mampu memberi ketenangan dan kedamaian. Sabar itu teramat sakit untuk diselami tetapi alangkah indahnya tatkala kita mampu mengapainya. Biarkan orang menghina, mengutuk, mengfitnah, membuli dan menistakan kita, tetapi ucapkanlah kalimah “La Haula Wala Quwwata Illa Billah” dan “Alhamdulillah”. Kita hanya manusia yang tercipta dalam berjuta keterbatasan yang tidak mampu berlindung di sebalik dugaan dan takdir Allah. Bersabarlah untuk mengapai kemanisan iman di sisiNya. Redha kepada ketentuanNya. Setiasalah berpesan dan beringat kepada diri sendiri dan sesama insan akan azab pembalasan dari Maha Pencipta. “SABAR ITU INDAH”

Aku mengenali erti “penghargaan” setelah aku memahami makna “perpisahan”

Aku mengenali erti “keperitan” setelah aku memahami makna “penghinaan”

Aku mengenali erti “kesengsaraan” setelah aku memahami makna “pengfitnahan”

Berterima kasihlah pada orang yang telah melukai hatimu, kerana dia telah membuatmu kuat

Berterima kasihlah pada orang yang telah membohongimu, kerana dia telah membuatmu lebih bijaksana

Berterima kasihlah pada orang yang telah membencimu, kerana dia telah mengasah kekuatanmu

Berterima kasihlah pada orang yang telah mengkhianatimu, kerana dia telah melatih kesabaran dan menguji kesetiaanmu

Berterima kasihlah pada orang yang mengecewakanmu, kerana dia telah melatihmu untuk lebih ikhlas

Berterima kasihlah pada orang yang menjaga dan mengerti semua keadaanmu, kerana disitulah Rahman Allah ada bersamamu...


#nur.falikha.aina.abdul.halim#

No comments:

Post a Comment